Komakmur Jangan Jadi Silicon Valley Ke-2 Versi Koperasi Malaysia

Tahukah Anda Punca Bank Silicon Valley Jatuh Muflis ?? 

dan Apakah Persamaan Dengan Komakmur?

     Puncanya utamanya adalah kerana ramai pelanggan mengeluarkan deposit mereka secara serentak, sehingga SVB tidak lagi mempunyai kecairan tunai untuk membayar dan terpaksa menjual pegangan asset yang ada pada harga murah untuk mencairkan asset ke tunai. Oleh kerana bimbang terhadap kemampuan syarikat itu untuk membayar.. Ini bakal berlaku jika Komakmur tidak cakna dan mengabaikan tatakelola yang baik ramai ahli akan bertindak sedemikian mengeluarkan modal share mereka sama seperti apa yang sedang dan akan berlaku kepada Komakmur ini. Dividen 2022 ahli masih tidak diberikan hingga kini May 2023, walaupun penyata kewangan tahunan komakmur ditutup 31 Ogos 2022. Ahli melihat isu ini terkait dengan masalah luar dari koperasi yang mahu diselesaikan dengan cara membawa masuk ke koperasi. Kita sama sama lihat kesudahan episod ini nanti...

     Persamaan kedua: SVB adalah bank ke-16 terbesar di AS setakat akhir tahun lalu, dengan kira-kira AS$209 bilion aset dan AS$175.4 bilion deposit. Sama dengan komakmur juga di iktiraf koperasi terbaik pahang. Tetapi apa gunanya award itu jika hilang keyakinan pelabur (ahli koperasi).


 
Jika Ini terjadi apakah impaknya?
Impak yang sangat besar adalah Komakmur adalah koperasi di Malaysia, Jika kita lihat apakah yang terjadi kepada saham perbankan dan teknologi di Malaysia dan Global kesan dari isu SVB ini.Kebanyakan saham saham dalam sectoral sama seluruh dunia turut jatuh kerana persepsi negatif, kembimbangan dari pelabur dan keadaan cemas.Ini yang kita cuba elakkan , "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga". Kerana satu koperasi ni memulakan masalah , koperasi lain turut terkena tempias dan pelabur hilang kepercayaan untuk mendepositkan modal mereka ke koperasi dan mula mengeluarkan modal mereka jika isu ini semakin parah dan menjadi viral koperasi lain juga akan terkena tempias kepercayaan. Jadi SKM perlu segera masuk menyiasat dan bertindak tegas membetulkan semula apa yang berlaku dalam pengurusan kewangan Komakmur ini bagi menjamin kepentingan ahli koperasi. Kepincangan ini haruslah di siasat dan dibetulkan semula demi menjaga institusi koperasi Malaysia.

Tetapi Min percaya SKM Malaysia mempunyai Akta dan Perundangan bagi melindungi ahli. 
SKM menyelia lebih 14000 koperasi seluruh negara dengan lebih 150 billion asset terkumpul. 
SKM diharap telus menjaga hak ahli dari dikianti oleh tangan tangan ghaib.
     
     Jika dilihat tarikh mass withdrawal requested by member tu. Masa ni program Tempahan Emas MG Holdings sedang giat dijalankan sekitar Januari 2022. Dan Mulanya VitagOld Sekitar May 2022 Dan pelancaran pertama VitagOld di Tenera Hotel Bangi 12 Jun 2022. Kenapa pengeluaran besar besaran ahli koperasi komakmur berlaku dalam waktu ini ? Ada 2 Sebab:-



1) Sebab Pertama :- Galakkan Staff  Komakmur Sendiri Untuk Ahli Convert Dari Komakmur Masuk Ke Skim Pelaburan Tempahan Emas milik MG Holdings Sdn Bhd Ini:
Kakitangan komakmur terlibat terus secara langsung dalam mempromosikan program Skim Tempah Emas ini, anda boleh semak dan banyak bukti screnshot atau bukti di media sosial menunjukkan ahli koperasi disarankan atau dibenarkan dengan mudah untuk pindahkan duit dari saham koperasi masuk ke syarikat MG Holdings. Dari kakitangan bawahan sampai ke peringkat tertinggi pengurusan koperasi giat dan rakus dengan skim pelaburan Tempahan Emas ini. Pulangan bulanan 1-3% bermakna 12-36% setahun. Banyak bukti ada bahawa Staff komakmur mempromosikan Skim Pelaburan Tempahan Emas MG Holdings ini. Pulangan sangat lumayan dimana Pemilik MG Holdings pada ketika itu layak berkhidmat sebagai anggota pelaburan di Permodalan Nasional Berhad PNB. kerana sangat hebat mampu memberikan pulangan sangat lumayan sehingga 36% setahun.
Sebenarnya sejak 2021 lagi mereka sudah mula mempromosikan Pelaburan Tempahan Emas ini sebenarnya, Sampaikan ada laporan dibuat dan isu ini dibangkitkan.
 Lihat Laporan dari link Sinar Harian disini




En Faiz bangkit mempertahankan bahawa Komakmur Tidak terlibat dengan Skim Pelaburan Tempahan Emas. . YA BENAR En Faiz, "Jika tiada angin masakan pokok bergoyang" Walaupun Komakmur menafikan dakwaan ini tetapi Syarikat Makmur Gold Holdings milik kamulah yang memulakan program Pelaburan Tempahan Emas  ini dan Dana yang masuk kemana kamu gunakan? Kamu sebagai ALK Komakmur dan kamu juga duri dalam daging mewakili syarikat persendirian kamu dengan agenda ketamakan peribadi kamu dan rakan-rakan serta kroni kamu. Mempergunakan kedudukan kamu dan seluruh warga kerja Komakmur diperguna untuk misi peribadi ketamakan kamu.

Nasihat Pengerusi Asal KoMakmur Jangan melabur cara salah, Beli emas dan pastikan emas fizikal ada. Seperti peribahasa " Lempar Batu Sembunyi Tangan" 

2) Sebab Kedua: Ahli Komakmur Hilang Keyakinan:-
Kenapa hilang keyakinan? Ya secara jelas dan terang barisan Staff bawahan hingga Pengurusan tertinggi koperasi pada ketika itu sangat sibuk kehulu kehilir menjayakan program syarikat peribadi mereka. Road Tour VitagOld seluruh Negara, Program Muay Thai dan lain2 sepeti dilaporkan dalam artikel pertama disini https://komakmur.blogspot.com/2023/05/blog-post.html . Ahli menyampah , meluat dan hilang keyakinan kerana agenda Kepentingan Koperasi pada mulanya telah berubah ke Kepentingan peribadi. Siapa yang akan  menjaga Koperasi jika semua bekerja dengan company sdn bhd En faizuddin. Pelanggan dan Ejen merungut Stok barang kemas tiada, jika ada stok pun design lama ketinggalan zaman, dah la Harga mahal dari kedai lain, padahal ada kilang pertukangan sendiri bagaimana pula harga jadi mahal. Sebab orang tengah ke? atau sebab Overhead koperasi terlalu tinggi nak tampung dengan gaji - gaji mereka yang seperti Boneka hidup dibayar gaji bulanan tetapi tiadak berfungsi,dan Kedai emas komakmur pual sekejap tutup sekejap bukan mcm chipsmore. Semua bukti ada laporan dan rungut dari Ejen.


Kepada Semua Yang Terlibat dan Mempunyai Bukti tidak kisah anda ahli Komakmur, Peserta Tempahan Emas, Staff Komakmur, Ejen Atau Siapa Sahaja termasuk NGO yang mahu turut sama membantu Sila Kemukakan Ke Email "welovekomakmur@gmail.com " 
Ada yang Min simpan ada yang min akan ulas. Jika kita berseorangan kita mudah dipijak dan disepak. Jika kita bersatu kita boleh memijak dan menyepak Pengkhianat ini.












Comments

  1. Saya slh sorg ahli. Dorg kata kalaubsaya report skm, dorg suruh saya yg bertanggungjwb ke atas smua duit ahli. Sng jd penyamun ni kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts