Secara peribadi saya mula mengenali koperasi ini melalui Suria FM pada ketika itu perniagaan koperasi ini agak menarik iaitu kedai emas..dengan dividen permulaan yang tinggi untuk menarik minat pelabur meraka mula menerima jutaan dana awam melalui nama koperasi komakmur.Pada peringkat ini perjalanan koperasi agak menarik mereka mengembangkan perniagaan kilang emas dan koperasi runcit. sering masuk TV Alhijrah mempromosikan produk koop. sehingga mereka tutup keahlian baru. Disini nampak menarik juga seperti bank Rakyat, tiada lagi tambahan saham dibuka. Jadi limited dan yang mana masuk awal untunglah kan.
KEMELUT 1
En Hishamuddin Abdullah Pengurusi Komakmur telah digantikan. Ada sumber mengatakan ada kemelut berkaitan pengurusan kewangan. ( tidak dipastikan kesahihan )
KETAMAKAN 1
Faiz ( ALK & CEO Komakmur ) dilihat seolah olah tidak memberi fokus pada pembangunan koperasi lagi. Entah kenapa mungkin perasaan tamak dari nak majukan koperasi kepada nak kayakan diri sendiri bersama ALK lain. yelah koperasi bayar ALK Gaji, Elaun dan kemudahan lain.Tetapi jika komakmur berdiri atas dana sumbangan awam bersama maka keuntungan patut dikongsi bersama ahli komakmur. Dan jika buat company sendiri keuntungan 100% masuk poket sendiri.. Mungkin tak cukup gaji dan kemudahan jawatan ALK.. Jika nak gaji naik kenalah majukan lagi kopeasi. dalam AGM nti boleh usulkan kenaikan gaji tiada masalah pun. Tetapi.......
KETAMAKAN 2: Mula Membina Kekayaan Empayar Peribadi
Penubuhan Empayar Makmur Gold Holding Sdn Bhd Pada 18 September 2019,
MG Holding ini adalah syarikat 100% milik peribadi dan tiada kaitan dengan Komakmur langsung.Disertakan nama Pengarah MG Holdings ni ( Sumber: Semakan Info SSM tahun 2022)
\
\
Dan hasil semakan terbaru kami Syarikat ini telah menukar nama ke MG Bullions Holding Sdn Bhd pada 12-8-2022
Lagi bukti Pengakuan Oleh En Faiz bahawa MG Holdings Tiada Kaitan Dengan Komakmur:-
Sumber: Screnshot Pertanyaan Ahli Komakmur ke Phone No En Faiz 010-650 XXXX
Lagi bukti pengesahan Oleh Setiausaha Komakmur En Azam
Sumber: Screnshot Pertanyaan Ahli Komakmur ke Phone No En Azam 019-952 XXXX
Disini jelas bahawa MG Holdings @ MG Bullions Adalah syarikat sdn bhd milik individu, yang juga ALK Koperasi Komakmur. Untung atau Rugi syarikat ini adalah tanggungan terhad kepada syarikat.dan ALK tidak boleh menggunakan asset komakmur sama sekali seperti Bangunan Pejabat, Kakitangan, Dana, Stok Emas, Kepentingan Peribadi , Salah laku tadbir urus mahupun penyelewengan ( Bukti sedang dikumpulkan dan akan disiarkan kemudian )
KETAMAKAN 3: Apakah Bisnes & Program Syarikat Berkaitan ALK Koperasi Ini, Setakat yang kami ketahui adalah seperti berikut:-
1. Ayam Segar Makmur Gold Sdn Bhd. Incorporate Date: 23-03-2021
Pengarah: Zulkifli Bin Mohd Pauzi, Mohd Faizuddin Bin Che Mahmood
Lain Lain Company dalam semakan kami adalah MG Fried Chicken Sdn Bhd - Pengarah Asmaul Husna Binti Mohamed Nor , Mohd Faizuddin Che Mahmood
MG Energy Farm - Pengarah mohamad Azizan Bin Ibrahim , Mohd Badrulhisham Bin Ibrahim
Persoalan disini adalah adakah dana kutipan awam atas nama konon konon-nya"Program Tempahan Emas" melalui syarikat MG Holdings digunakan untuk membiayai perniagaan dan program program mereka ini?? dan Adakah program dan bisnes ini sudah melingkup dan dana tidak mampu dipusingkan untuk membayar keuntungan Program TE yang dijanjikan 1-3% sebulan ?
Pada firasat saya Program atas nama Tempahan Emas adalah bertujuan untuk mengutip dana dari orang awam @ crowdfunding. Mereka berselindung dibawah Tempahan Emas bagi menghalalkan tindakan mereka ini. Kerana syarikat sdn bhd tidak dibenarkan kutip dana awam ianya menjadi "kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Akta Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA)"
Mengikut seksyen 137(1) FSA, adalah satu kesalahan bagi mana-mana orang untuk menerima deposit tanpa lesen. Siasatan terhadap kesalahan pengubahan wang haram juga akan dijalankan di bawah AMLA.Boleh didenda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi dan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun.
3. Ketamakan ALK Menjadi Barah Dan Kemelut Kepada Komakmur
Pada ketika dan saat ini 3 May 2023. Ahli koperasi masih menunggu dividen mereka, mereka melabur dalam komakmur menggunakan Wang Persaraan, Wang Simpanan Pendidikan Anak, Malah ada juga membuat Pinjaman atau menggunakan wang Tabungan, Tujuan bukan untuk kaya raya dengan dividen, cukup sekadar memberi sedikit pulangan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup.Tetapi bukan sahaja dividen malah tarikh mesyuarat AGM pun belum diberikan lagi.
Mungkin ALK sibuk menguruskan masalah syarikat berkepentingan peribadi mereka. Itulah juga menjadi punca masalah ahli koperasi komakmur hilang kepercayaan dan mula mengeluarkan dana pelaburan mereka dari komakmur. Tidak menjadi kesalahan dalam perundangan jika ALK nak tubuh syarikat.Tetapi yang menjadi masalah adalah.
ALK Hilang Fokus Pada Pembangunan Komakmur. Buka sahaja ALK malah barisan pengurusan tertinggi juga disibukan dengan program mereka sbg contoh Setiausaha Komakmur En Khairul Azam juga berada dalam syarikat MG Bullions dikepalai En Faiz komakmur. Bahkan En Murshidi Jailani yang menggalas tanggungjawap besar sebagai Pengurus Besar Pemasaran (Jualan) Komakmur dikerahkan juga sebagai Master Trainer MLM Vitagold mereka milik MG Holdings En Faiz.
Ada juga konflik kepentingan Koperasi Komakmur vs Syarikat Milik ALK dari segi Penggunaan Fasiliti asset Kilang Komakmur, Pasaraya Coopmart Komakmur. Dimana konflik interest ini boleh memberikan keuntungan kepada syarikat ALK dan Kerugian atau keuntungan minima kepada komakmur.
Point ke-3 ini adalah barah paling teruk pada ketika ini dimana MG holdings berhadapan dengan masalah tunai dimana apa yang mereka janjikan pulangan lumayan 1-3% sebulan kepada pelabur Tempahan Emas (TE) ini sudah tidak dapat dibayar dengan pelbagai alasan demi alasan diberikan antaranya website down, sistem kemaskini, penstrukturan, dan bermacam lagi lah.. Ada khabar mengatakan MG Holdings akan diletakan dibawah koperasi Komakmur. Setelah program mereka melingkup baru mereka ingat komakmur kembali dan mahu meletakan liabiliti / hutang untuk ditanggung komakmur. Dana komakmur adalah dana ahli komakmur yang sah bawah undang2 dan peruntukan SKM. Dana komakmur tidak boleh dijadikan "Pak Sanggup" bagi menanggung hutang dan liabiliti syarikat MG Holdings. Ahli - ahli komakmur tidak ada kaitan dengan program Crowdfunding yang dijalankan MG Holdings (Kini MG Bullions). Entiti kedua dua ini berbeza dan dari awal diakaui oleh En Faiz dan Setiausaha koperasi En Khairul Azam bahawa MG Holdings bukanlah anak syarikat Komakmur dan ianya milik Peribadi En Faiz dan Rakan-Rakan. Jadi pastinya ahli tidak setuju Hutang pihak lain ditanggung oleh Koperasi milik mereka bersama. Peserta program TE perlu menuntut dana pelaburan mereka terus kepada MG Holdings dan resit deposit mereka pun bayar ke MG Holdings dan kebanyak pelabur juga bukanlah ahli Koperasi pun. Bagaimana mugkin hutang dan masalah MG holdings mahu dibebankan ke koperasi Komakmur.
Jika kemelut ini tidak dapat diselesaikan dengan cara baik, Mungkin perlu Campurtangan pihak SKM bagi melihat dari segi peruntukan undang undang yang ada bagi menyelesaikan dan menghukum jika ada salah laku pentadbiran dan pengurusan kewangan. Audit dan Forensik luar perlu dilakukan bagi mencari bukti atau salahlaku sekiranya wujud bukan sahaja dibawah akta SKM malah Peruntukan akta BNM dan Sivil juga boleh digunakan megikut kesesuian dan bukti sekiranya wujud salah laku.
Sebarang Maklumat Terkini Akan Di Update
Jika anda mempunyai Pandangan & Maklumat & Bukti Salahlaku
Sila Email Ke "welovekomakmur@gmail.com"
Pihak Pengurusan Komakmur juga di alu alukan memberikan maklumbalas
P/s: Untuk makluman website rasmi komakmur.com tidak dapat di access sejak 2 May 2023 sehingga hari ini 3/5/2023. Sumber mengatakan sedang kemaskini. Member Portal juga tidak dapat di akses.
Update: Website rasmi dah Publish kembali 4/5/23
Ahli Koperasi Juga Dijemput Untuk Sertai Group Telegram Yang Diwujudkan Atas Inisiatif Ahli Lain Untuk Berkongsi Informasi Terkini, Klik link Telegram dibawah:-
Perkongsian Terbaru Sumbangan Ahli Tidak Bernama Diterima Pada 10:14 p.m 3/5/2023
P/s: Penulisan & Maklumat Yang Admin Kongsikan Adalah Berdasaran Sumber Perkongsian, kompilasi dari Keluhan, Dan Rungutan Ahli Komakmur Atau Peserta TE Skim Tempahan Emas MG. Tidak terkecuali juga dari bekas kakitangan MG group Sendiri
Kami mengalu-alukan Jawapbalas dari Pengurusan Tertinggi Komakmur @ MG Group berkenaan Solusi dari permasalahan yang timbul. Sebelum kami terpaksa mencari solusi dan keadah kami sendiri.
Ini adalah sedutan filem pendek dari Riz IT. Seorang penyamun masuk untuk mencuri Voucher kedai.
Filem ini seakan Realiti dimana "Mereka" yang ada jawatan & kepentingan dalam Komakmur @ MG Holdings telah mencuri / salahguna wang. Mereka tahu itu salah tetapi merelakan.
Min tidak mahu team En Noor Kasmara Timbalan GM Baru menjadi seakan Tikus membaiki labu. Beliau seharusnya berani menegakkan kebenaran, Jika tujuan kehadiran beliau jelas dan jujur.
Beliau harus berani membezakan yang mana asset dan liabiliti koperasi dan yang mana liabiliti individu yang menjawat jawatan dalam koperasi. Min difahamkan beliau tidak mahu ahli menggangu kerja beliau dengan membuat Laporan ke Pihak berkuasa seperti SKM, SPRM, Polis dan BNM atas apa yang berlaku. Jadi kita mahu lihat output segera. Selesaikan Dividen ahli Komakmur, dimana ahli tidak tahu menahu @ tiada kena mengena dengan masalah "Tempahan Emas (kononya)". Dividen yang dicadangkan 8% haruslah dibayar segera, dan sekali lagi admin tegaskan jangan palitkan masalah ke Komakmur. Jika tidak kami sendiri yang akan bertindak melalui Pihak Berkuasa terlibat malah aduan kepada NGO seperti PPIM juga Pihak Media malah kami akan ke Ibu Pejabat SKM KL sendiri jika komplot berat sebelah atau pengkianatan berlaku oleh yang difahamkan "Consultant" dilantik.
Urusan Pelabur MG Bullion biarkan pengarah Urusan mereka sendiri
mencari dana dan solusi atas masalah yang mereka Cipta. Jika mereka pening tak tahu nama jaga koperasi atau Syarikat sdn bhd harta mereka, Mereka letak jawatan dalam koperasi buat AGM tergempar luar biasa. Lagi mudah kita nak siasat selepas itu. Mereka boleh menjual asset syarikat milik mereka. Mungkin ini yang telah dilakukan oleh syarikat Riz IT Sdn Bhd (202101029292 (1429592-K) dimana syarikat ini dipercayai milik Setiausaha Komakmur iaitu Muhammad Hafis Kamsani. Dari mana sumber dana diperolehi hanya pihak berkuasa dan mahkamah sahaja yang boleh perintahkan siasatan dibuat.Kerana utk syarikat sdn bhd ini (bawah akta Syarikat 1965) orang awam tiada access detail ke Penyata kewangan dan transaksi masuk untuk membuktikan sumber dana.
Tetapi sebaliknya untuk koperasi ahli berhak penuh tahu status kewangan dan laporan mengikut Akta Koperasi 1993. dan Perlindungan serta transparency bawah akta Akta 502
Comments
Post a Comment