Ko-Makmur Buka Buku Baru...

 Chapter 1 : 29/6/2024

Berakhir sudah MAPT Ko-Makmur pada 29 Jun 2024 bertempat di Dewan Cattleya, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Cawangan Kuantan. Dalam MAPT ini satu perubahan besar berlaku dimana undian Perwakilan Majoriti 2/3 sebulat suara telah bersetuju untuk memecat 9 orang barisan ALK terdahulu dan menggantikan kepada 12 ALK selepas pindaan UUK 35 diluluskan oleh SKM. Disertakan senarai ALK yang telah dipilih menerusi undian para perwakilan adalah seperti berikut:-


 Dan barisan Pengurusan baru adalah seperti berikut:-


Selamat Bertugas Untuk Memajukan Semula KoMakmur Dan Membawa Pengkianat kemuka pengadilan untuk di adili oleh undang undang atas pecah amanah dan salah gunakuasa.


 Chapter 2:  11/7/2024

Setelah 2 minggu ALK baru memulakan tugas keluar satu statement seperti dibawah:-


   Siapakah yang mengeluarkan kenyataan rasmi begini ?? Menjadi tanda tanya hingga kini........

Dalam pada itu terdapat suara mendesak supaya Kasmara dipecat. Merujuk kepada sosok yg bernama Kasmara ini, Sejak dulu beliau adalah insan pelik.. Kerana apa?

   Tugas asal beliau adalah Jurufoto tetapi beliaulah orang pertama muncul apabila rahsia pecah amanah ALK lama bocor,Beliau juga umpama "Kambing Emas" . kenapa saya katakan Kambing Emas bukan Kambing Hitam. kerana beliau disayangi oleh ALK lama dan merupakan orang harapan yang keluar backup ALK lama jika ahli mempersoalkan integriti ALK terdahulu.. Beliau jadi "Muka Hadapan" atau jurucakap kepada barisan pengurusan terdahulu. Pelik Kan..
   Tugas beliau juga unik kerana ketika Skim Tempahan Emas (TE) giat dijalankan, Beliau juga aktif mempromosikan skim tersebut dan menjadi Unit Pemasaran TE pula, sudah tentu komisen lumayan yang ditawarkan. Aik! gaji Jurufoto dapat, Komisen TE puan dapat.. Masyukkk lah Kasmara..Kaya2.
    Dan tak habis dengan itu ketika rahsia pengkianatan ALK terdahulu bocor dan mula di ketahui ahli tiba tiba beliau sekali lagi muncul dan di angkat pula menjadi Pengurus Besar KoMakmur.. Di kala orang lain susah insan ini "Menangguk Di Air Yang Keruh"
    Sampai di kala ini walaupun semua Bos lama beliau sudah tiada kecuali Azrin. Beliau masih lagi liat untuk berundur dan entah mengapa langsung tiada perasaan malu dan masih mahu kekal bersama Ko-Makmur.. Apakah yang kasmara mahukan ? Atau ada Agenda tersembunyi yang belum selesai ? Atau mahu menjadi mata dan telinga Ex Bos beliau ? atau Takut kerana beliau terlibat sama dlm kegiatan bersama ALK terdahulu dan mahu kekal untuk memastikan leher beliau terlepas ? 


   Apa yang ahli mahukan, Team Pemulihan (TP) yang di ketuai Azrin dan Kasmara perlu dibubarkan. Pengurusan baru haruslah mengambil alih mengetuai dan melantik konsultant baru atau peguam baru (Jika Perlu). Dengan itu siasatan dan pendakwaan telus dapat dilakukan.. Team TP ini juga menjadi pembaziran kewangan Ko-Makmur utk dibayar gaji mereka dengan prestasi kerja yang di anggap gagal kerana setelah sekian lama tiada kejayaan dalam kutipan hutang Ko-Makmur yg berjaya mereka perolehi. dan Tiada kemajuan dalam perniagaan Ko-Komakmur.. Dan mereka ini juga dilantik oleh Bos lama Ex ALK lama. Jadi sejauh mana TP ini mampu berfungsi ?? malah di kuatiri menjadi duri dalam daging dalam Pengurusan Baru utk melakukan tugasan dengan sempurna.


Chapter 3:  Bersambung kemudian.. Kita Lihat Apa Akan Berlaku Seterusnya..






Comments

Popular Posts