Buku Laporan Tahuan AGM Komakmur 2021-2022
admin sediakan untuk ahli yang nak baca ye, kesian..
Koperasi tak layan kita, kenalah layan diri kan...
Klik Link Download Bawah Ni Ye
Wang pelaburan dalam koperasi ni hasil titik peluh kita semua 5000 lebih ahli sumbangkan modal , letak kepercayaan bagi ALK urusakan. Sebab itu kita melabur dalam koperasi sebab kita yakin ianya legal sisi perundangan untuk kutip pelaburan dan urusakan dengan cara yang sepatutnya. Kita tak mahu masuk poket kiri keluar poket kanan.
Tahniah dapat Anugerah Koperasi Terbaik Peringkat Negeri Pahang!!
Dan Anugerah Koperasi Terbaik Bidang Keberhasilan Ekonomi Utama Pahang.
Page 9: En Khairulazam kata nak kasi kita 12% , Jadi ke?? Keuntungan 168 Juta, Meningkat 150%.
Perwakilan pun dapat elaun RM150 sorang, wah patut tunduk kepala semua...hehe.
En Azam kata dividen akan masuk berperingkat bermula 25 April 2022 (Isnin), Aik arini 6 May 2023 pun sekupang pun xde lagi dapat :) . Nak kasi 10% dulu baki 2% lepas dpt kelulusan SKM. Alhamdulilah..
Lain-lain bacalah sendiri ye.. Membaca Jambatan Ilmu
Walaupun begitu ada juga sisi gelap laporan seperti ini. Ini yang kita semua tak mahu..
Cuma bagi min masalah besar dalam komakmur ini adalah "Conflict Of Personal Interest"
seperti mana pos admin yang awal dahulu. Jika ini dapat dipisahkan InshaAllah komakmur ni boleh pergi lebih jauh. Jika duduk dalam koperasi kena lah buat cara duduk dalam koperasi. .
Min nak share skit kot ada yang lupa beza Koperasi Vs Syarikat Sdn Bhd
Jadi faham faham sajalah ye, Hal urusan syarikat peribadi tu janganlah dicampur adukan di dalam Koperasi. Berniaga dah bagus dapat award. Tata kelola yang kurang baik. Jika tak mampu menjaga integriti boleh berikan peluang kepada orang lain. Jangan kianati ahli..
Ok nanti Min sambung lagi. InshaAllah..
Jika ada nak sampaikan apa-apa pada min boleh la email di
"welovekomakmur@gmail.com"
Sebelum Min lupa, ada suara ahli minta Organisasi ALK tu 9 orang yang hensem bergaya dalam photo laporan diatas tu di letakan Fungsi dan Tanggungjawap apa setiap orang. Baru kita semua tahu apa bidang tugas masing masing , apa tugas dia..Ni kosong je xde tugasan khusus ke setiap orang tu. kalau xde bidang tugas macamana nak ukur KPI kerja..
Perbezaan Koperasi Komakmur VS Syarikat Sendirian Berhad Milik ALK
Jangan salahguna Entiti Koperasi Sebagai Alat Tarik Masuk Duit Dan Kemudian Pindahkan Ke Syarikat sdn bhd Milik Peribadi Yang Pemiliknya Terdiri Dari
( Bendahari, Setiausaha, Pengerusi, ALK ) yang mimiliki
Mg Bullions Sdn Bhd (MG Holdings Sdn Bhd)
..................................................................................................................................................
Update Terbaru Julai 2023 Pihak pengurusan mengatakan Ahli Koperasi adalah seramai 6000 orang lebih ahli terkini.Kemuskilan disini adalah untuk data 2021/22 ahli hanyalah seramai 5000++ dan Koperasi telah berhenti mengambil ahli baru sejak dari itu.Dan memo rasmi juga dikeluarkan tiada lagi pengambilan ahli baru. Persoalan disini dari mana datangnya 1000 orang tambahan ini??
Apa yang menjadi kebimbangan min adalah Peserta Skim Tempahan Emas (TE) telah dimasukkan di dalam data sebagai ahli baru (Pemutihan data). Ini dilakukan bagi menghalalkan / mensahkan dana yang keluar dari Koperasi telah dibayar sebagai imbuhan bulanan skim TE atau Pemulangan modal peserta TE ini. Dimana pihak yang membuat hutang dan mengambil deposit haram dari peserta TE ini adalah MG Holdings, dan bila hutang mereka dituntut oleh Peserta TE, Jalan mudah dan cepat adalah menggunakan akaun dana koperasi untuk menyelesaikkan bayaran hutang ini. Ini mudah dilakukan kerana Pengurusan Koperasi dan MG Holdings adalah dari muka yang sama.
Untuk mensahkan perkara ini siasatan lanjut perlu dilakukan ke atas tahun kewangan koperasi bermula Tahun kewangan 2021/22 dan seterusnya. Perkara ini hanya boleh dilakukan hanyalah sekiranya Pengurusan baru Koperasi ditadbir oleh Pengurusan baru atau Pentadbir bebas dan Ahli juga mestilah bersatu memberi tekanan kepada Pihak Berkuasa terlibat , sama ada SKM, SSM, PDRM, BNM, SPRM.Pengurusan baru mestilah 100% bebas campurtangan muka lama dan tiada kepentingan secara lansung atau tidak langsung dengan muka lama, juga wakil pentadbir SKM bersama memantau.
Pesalah pesalah ini mestilah dihukum sekeras kerasnya supaya menjadi pengajaran kepada orang awam dan memulihkan keyakinan terhadap Koperasi di Malaysia. Koperasi tidak boleh dijadikan entiti untuk menjadi alat (lesen SCAM) yang membolehkan kutipan dana awam dilakukan untuk diselewengkan. Pihak SKM perlu telus dan tegas dalam hal ini.
Comments
Post a Comment